Keep an eye on your favorite idol's daily life here!!! join Now!
Postingan

Pukul rakan tak mahu hisap kemaluan, budak ‘kancil hijau’ ditahan polis

Please wait 0 seconds...
Scroll Down and click on Go to Link for destination
Congrats! Link is Generated

 


Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan video seorang remaja yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil dipercayai dipukul oleh penduduk kampung setelah didakwa melakukan perbuatan tidak baik kepada seorang kanak-kanak lelaki.

Cederakan rakan sebab tak ikut kemahuan

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Utusan Malaysia, remaja lelaki yang baru berusia 13 tahun itu sudah ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai mencederakan dan mengugut rakan sepermainannya berusia 11 tahun dengan pisau kerana kemahuannya untuk melakukan amang seksual tidak dituruti.

Video Player
00:00
01:50

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang kelmarin, pipi mangsa didapati mengalami lebam akibat ditampar dan di pukul remaja tersebut di  di sebuah taman perumahan di Gurun, Kedah.

Video Player
00:00
00:44

Mangsa disuruh buka seluar suspek

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, suspek pada awalnya telah membawa mangsa menaiki kereta jenis Perodua Kancil dengan alasan mahu ke kedai berhampiran taman perumahan mereka.

Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.
“Suspek kemudian membawa rakannya itu ke rumahnya dan mengarahkan mangsa sekali lagi menghisap kemaluannya namun arahan itu enggan diikuti mangsa,” katanya.

Diugut dengan sebilah pisau

Disebabkan kemahuannya tidak dituruti, suspek telah mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan dia takut dan berlari pulang memberitahu bapanya.

“Bapa mangsa membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun selepas itu dan pada pukul 7.19 malam hari sama, suspek ditahan di rumahnya.
“Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Mangsa telah dibawa ke  hospital untuk pemeriksaan dan menerima rawatan lanjut.

Posting Komentar

provided by DK technozone
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.