Keep an eye on your favorite idol's daily life here!!! join Now!
Postingan

NAHAS LIMA SEKELUARGA: TRAK PIKAP HILANG KAWALAN, REMPUH MPV

Please wait 0 seconds...
Scroll Down and click on Go to Link for destination
Congrats! Link is Generated

 

GERIK: Siasatan awal polis mendapati, trak pikap jenis Toyota Hilux telah hilang kawalan dan bertembung dengan Perodua Alza dinaiki lima sekeluarga yang maut dalam satu kemalangan di KM62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata akibat hilang kawalan, Toyota Hilux itu telah masuk ke arah jalan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) itu yang dalam perjalanan dari arah Jeli ke Gerik.

Beliau berkata pemandu termasuk empat penumpang Toyota Hilux yang berasal dari Tumpat, Kelantan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Jeli, Kelantan.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai dinasihtkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu serta merancang perjalanan serta mendapatkan rehat yang secukupnya ketika ingin melakukan perjalanan yang jauh.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang semalam, lima mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Khomaini Baba, 32, Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, Mohamad Rodhi Othman, 64, Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59 dan Zara Hana Ahmad Khomaini, 6.–AlHijrah Online


Posting Komentar

provided by DK technozone
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.