Keep an eye on your favorite idol's daily life here!!! join Now!
Postingan

Ainul Mardhiah masih ditidurkan, tetapi stabil

Please wait 0 seconds...
Scroll Down and click on Go to Link for destination
Congrats! Link is Generated

 

Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut Germ Cell Tumor semakin baik.

Perkembangan terbaru Ainul Mardhiah itu dikongsi ibunya Nurul Erwani Zaidi menerusi hantaran di Instagram, pagi ini.

"Pagi ini, Ainul dah start (mula) minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu.

"Mama yakin keadaan Ainul semakin baik. Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run (jalan) sebab Ainul tengah on ventilator (dipasang alat bantuan pernafasan).

"Ainul tak boleh sedar lagi sebab tak nak bagi Ainul penat bila tengah on ventilator.

"Jangan risau semua, Ainul tengah stabil, teruskan doa untuk Ainul ye," katanya memaklumkan keadaan Ainul semakin baik selepas pemeriksaan darah dan x-ray.

Menerusi hantaran sama, Nurul Erwani berkata, anaknya itu tetap aktif walaupun tidak sihat termasuk ketika dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.

Katanya, sebarang perkembangan terkini mengenai kesihatan Ainul Mardhiah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kisah penderitaan Ainul Mardhiah mendapat perhatian ramai pihak termasuk Dr Nur Amalina Che Bakri yang membantu menjalankan pembedahan di London, United Kingdom (UK), bagi membuang tumor seberat 200 gram daripada mulutnya ketika kanak-kanak itu berusia sembilan bulan pada Jun 2019.

Semalam, Nurul Erwani memaklumkan Ainul Mardhiah sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah hospital.

Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

Kanak-kanak itu mula muntah dan cirit-birit dalam masa sehari dan kelihatan sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Posting Komentar

provided by DK technozone
Oops!
It seems there is something wrong with your internet connection. Please connect to the internet and start browsing again.